Carian Harta
Kami menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan carian persendirian, carian rasmi, dan salinan sah hakmilik. Dengan menggunakan jaringan Runner yang kami kenali di setiap negeri di Malaysia, anda tidak perlu bersusah payah untuk datang berurusan di Pejabat Tanah yang jauh dari lokasi anda.
​
Bagi membuat sesuatu carian pemilikan tanah perlu ada maklumat asas tanah yang lengkap iaitu No. Geran, No. Lot, Mukim, Seksyen dan Daerah.
Jika anda hanya mengetahui lokasi tanah dan tiada sebarang maklumat / dokumen seperti cukai tanah atau salinan geran lama, tetapi ingin membuat carian pemilikan tanah (carian persendirian/carian rasmi/salinan sah hakmilik), pihak kami boleh mendapatkan carian maklumat asas tanah tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan carian pemilikan tanah dapat dibuat.
Semakan awalan akan dibuat bagi penentuan lokasi yang diberikan serta anggaran kos untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun, kebolehdapatan sesuatu maklumat asas tanah adalah bergantung pada rekod dan sistem semasa pejabat tanah
​
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan pelan tapak rasmi bagi sesuatu lot tanah atau ingin mendapatkan lokasi tanah (Koordinat) bagi no.lot yang ada. Ini juga diperoleh bersama jika memilih membuat carian maklumat asas tanah
Caj perkhidmatan Runner adalah seperti dibawah dan dapatkan sebut harga dengan segera!
- Kadar harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk caj pejabat tanah
- Semakan kawasan akan dibuat terlebih dahulu
- Caj pejabat tanah berbeza bagi setiap negeri
- Tempoh keputusan setiap carian adalah bergantung pada jenis carian yang dibuat.
Dapatkan Maklumat
Hubungi kami dengan segera bagi sebarang pertanyaan !