Panduan Mengisi Borang DDA - Borang Persetujuan (Harta Pusaka)
Borang DDA adalah borang persetujuan yang perlu dilengkapkan oleh waris yang tidak dapat menghadiri bicara pusaka kecil. Borang ini akan menyatakan persetujuan bagaimana bahagian pusaka yang akan diperoleh waris yang tidak dapat hadir bicara itu akan dibahagikan/diagihkan serta persetujuan menyeluruh mengenai bagaimana harta pusaka milik si mati akan dibahagikan antara waris - waris.
Waris - waris yang akan hadir pada hari perbicaraan pusaka pula tidak perlu mengisi borang ini kerana mereka akan memberikan persetujuan secara lisan kepada hakim pusaka semasa sesi perbicaraan nanti.
Pilihan Persetujuan Di Dalam Borang DDA
Terdapat tiga pilihan persetujuan atau cara pembahagian harta pusaka di dalam Borang DDA iaitu : a) Secara Faraid (Bagi Orang Islam) atau Akta Pembahagian1958 (Bagi Bukan Islam)
b) Secara persetujuan seperti didalam Jadual (Muafakat waris seperti samarata atau bahagi berbeza mengikut persetujuan)
c) menyerahkan sepenuhnya kepada mana - mana individu yang dikehendaki
Pilihan persetujuan diatas secara jelas menyatakan bagaimana harta pusaka tersebut akan dibahagikan samaada akan menerima harta pusaka tersebut melalui Faraid/Akta Pembahagian 1958 , mengikut persetujuan dalam jadual atau ingin melepaskan sepenuhnya bahagian harta pusaka tersebut.
Perlu diingatkan bahawa persetujuan ini langsung tidak membawa maksud sebagai Pemegang Amanah atau Pentadbir atau sekadar memegang hak bahagian buat sementara waktu, sebagai contoh jika memilih persetujuan berdasarkan jadual.
Panduan Mengisi Borang DDA
a) Pilihan Faraid/Akta Pembahagian
b) Pilihan Jadual
i. sama rata
ii. bahagi berbeza
c) Pilihan Melepaskan Hak Sepenuhnya kepada Individu
コメント