top of page
Cari
  • Writer's picturencorp harta

Carian Hakmilik : Apa Itu Salinan Sah, Carian Rasmi Dan Carian Persendirian?


Carian hakmilik merupakan semakan status pemilikan mengenai sesuatu hartanah. Pihak institusi yang mengendalikan urusan pembahagian pusaka seperti Mahkamah Tinggi, Unit Pembahagian Pusaka (UPP) JKPTG memerlukan waris mengemukakan bukti pemilikan harta tak alih peninggalan si mati. Bagi tujuan tersebut, maka waris perlu membuat carian hakmilik di pejabat tanah bagi memastikan si mati masih mempunyai pemilikan keatas sesuatu hartanah selepas kematiannya.




Terdapat beberapa jenis carian hakmilik di pejabat tanah yang perlu di fahami penggunaannya iaitu :


1. Salinan Sah


Salinan Sah atau lebih dikenali sebagai Salinan Sah Geran merupakan sebuah dokumen hakmilik salinan kepada geran asal original tanah dan ditandatangani oleh Pentadbir Tanah. Pihak pejabat tanah ada menyimpan satu dokumen hakmilik (Geran) asal sama sepertimana yang telah diserahkan kepada pemilik. Oleh itu, segala kandungan yang termaktub didalam salinan sah geran adalah sama seperti geran asal original.



2. Carian Rasmi


Carian Rasmi atau lebih dikenali Sijil Carian Rasmi merupakan satu dokumen yang telah ditandatangani oleh pendaftar yang telah memastikan bahawa kandungannya tersebut terdapat maklumat hakmilik, pemilikan tanah dan perkara berkaitan yang masih berkuatkuasa sepertimana yang terkandung di dalam geran tanah asal original, dan rekod urusniaga / bukan urusniaga samada telah diterima tetapi belum didaftarkan.


dengan memastikan kandungannya menunjukkan maklumat hakmilik, pemilikan dan perkara berkaitan yang masih berkuatkuasa sebagaimana yang tercatat dalam dokumen hakmilik daftaran dan rekod urusan urusniaga / bukan urusniaga yang telah diterima tetapi belum didaftarkan.


Kegunaan carian rasmi ini adalah untuk tujuan dilampirkan bersama apa-apa permohonan rasmi yang ingin dibuat seperti permohonan pusaka, bukti pemilikan ke Mahkamah Tinggi, permohonan ukur / pecah bahagian dll



3. Carian Persendirian


Carian Persendirian kandungannya adalah sama seperti sijil carian rasmi dan perbezaannya adalah carian persendirian tidak ditandatangani oleh pendaftar.


Kegunaan carian persendirian adalah bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tanah samada masih berkuatkuasa atau tidak untuk kegunaan sendiri sahaja.





Maklumat yang terkandung di dalam salinan sah, carian rasmi dan carian persendirian



(a) Nama tuan tanah semasa / berdaftar.


(b) Pelbagai maklumat tanah seperti:


- Jenis kategori kegunaan tanah

- Sekatan – sekatan kepentingan

- Tempoh Pajakan

- Keluasan Tanah

- Kadar Cukai Tanah

- Syarat Nyata

- Maklumat Pindahmilik, Gadaian, Kaveat dan sebagainya

- Lain-lain Dokumen seperti Suratkuasa Wakil, Surat Ikatan Amanah, Surat Kebenaran, Perintah Pusaka / Perintah Mahkamah



Apa yang perlu dikemukakan bagi tujuan permohonan salinan sah , carian rasmi dan carian persendirian ?


Bagi tujuan mendapatkan salinan sah, carian rasmi atau carian persendirian, pemohon perlu mengemukakan perkara - perkara berikut:


1. No.Hakmilik / Geran

2. No. Lot Tanah

3. Nama Mukim

4. No. Seksyen (Jika Ada)

5. Daerah


Jika terdapat kekurangan maklumat yang dikemukakan, maka sistem pejabat tanah tidak akan dapat mengesan tanah yang ingin dicari. Oleh itu pemohon perlu memastikan maklumat yang diperlukan lengkap terlebih dahulu sebelum membuat carian hakmilik bagi mengelakkan kesulitan pencarian.


Kadar Bayaran bagi setiap salinan sah, carian rasmi dan carian persendirian di pejabat tanah adalah berbeza mengikut negeri





Ingin membuat carian hakmilik tetapi tidak mempunyai maklumat lengkap?

Hubungi 012-4857170 untuk pertanyaan lanjut.




Comments


Commenting has been turned off.
bottom of page